Wednesday, February 6, 2008

Jamuan Asas 2008

Akhirnya kekawan dapat juga mengumpul dua meja untuk jamuan tahun ni .... kagum dengan kesungguhan Raz dan Nik Mat .... mungkin tahun depan ramai lagi yang dapat berkumpul.
Ni aku panjangkan 'rintihan' akhir Raz untuk menjayakan jamuan tahun ni (dedicated betul Mamat sorang ni...)

Abang2 sekelian,

We now have 20 people with the inclusion of Sdr Azizi Hadi and Nik Mat’s wife!!! Tahun ni ada 2 meja untuk ASAS81. As a reminder, the date is Sat Feb 16 Mandarin Oriental 8 to 11pm. Dress is formal with ASAS tie. Pls mark in your calendar. Our tables are in Nik Mat’s and my name. I shall try to come early and stand near the table chart. I have all the invitation cards with me, but you don’t need a card to enter.

Aturcara majlis:

8pm ketibaan tetamu

8:20pm ketibaan tetamu kehormat

8:45pm jamuan makan, persembahan multimedia asas, ucapan pengerusi, ucapan presiden, acara khas.

11pm majlis bersurai



Since I have to send Azizi to KL Sentral, we may need to leave early that night. Hopefully dinner is over by 10:30pm.

ASAS81 listing yang dah confirm hadir:

Dr Jamsari, Ir Zul.Yamat, Nik Mat & wife, Ir Ezani, Suhaimi Md Lani, Abu Hassan, RAZ, Ursilan, Shahfudin Jabar, Mat Rusdi, Hishamudin, Azman Alias, Azizudin Ramli, Ir Zul Salleh, Halim Bisri, Syed Najmuddin, Mejar Aminuddin, Taha Ayub, Azizi Hadi.

Regrets / out of town:

Azizi Ismail (Bintulu), Dr Hamdan (Sydney), Sharudin Jamal, Izhar (overseas), Zahari Omar (Kelantan), Mat Asis, Firuz Maulana, Suhaimi Ismail (pilihanraya) , Zul Yaacob.

FYI, ASAS81 funds now stands at RM200. Our new bendahari is sdr Azman Alias. Any excess funds from ASAS81, pls divert to sdr Azman.

See you all there!!!



RAZ


p.s: Buat yang hadir, selamat mengukuhkan lagi ikatan persahabatan yang terjalin sekian lama. Alhamdulillah.


Friday, January 25, 2008

Antu Blok C


Sorry le lama tak menulis... Streamyx aku down dekat dua minggu, buat laporan dengan Telekom... punya le lama baru dapat line balik....

Hari ni aku nak cerita pasal hantu kat Blok C. Dulu kalau sebut Blok C ni famous pasal cerita antu, maklum le blok ni jauh sikit dari blok-blok yang lain. Masa tu kalau tak silap tahun 1978, semua form 2 kena duduk kat blok ni... masa tu tak ada lagi sistem rumah... semua duduk ikut tingkatan.

Aku ingat lagi, masa tu aku duduk kat bilik 1C3, ketua bilik kalau tak silap Razak Dahlan aka Toyol, senior Form 3. Banyak cerita pasal antu kat blok C, ada antu Jepun tak ada kepala. Tapi yang aku confirm dan aku dengar sendiri masa tengah malam bunyi macam orang berjalan kat koridor, punya le kuat, nak kata bebudak, semua dah membuta. Masa tu punya le takut, kalau tak silap aku, Sukhiman yang tidur sebelah katil pun dengar sama, last-last tidur sekatil berdua (ni bukan buat projek tau)... punya le takut....

Malam esoknya, bunyi lagi, kalau tak silap sampai tiga malam berturut-turut aku dengar bunyi ni. Nak jadi cerita, akhirnya takut jadi berani. Bila malam keempat 'benda' tu bunyi lagi, kita orang pun keluar nak tengok betul-betul... last-last...........



Rupanya bunyi burung tukang kat pokok .... malaun betul, bayangkan hampir tiga malam punya kecut perut. Nak beritau member lain mesti kena ketawa punya .... maklum le member masa tu bukan boleh ada peluang, kalau tau kes takut ni, mesti nak pekena yang lain.

Ada lagi cerita antu kat blok C ni, tapi yang aku masih ingat peristiwa Mat Draw duduk sorang-sorang kat bawah pokok besar masa malam ... member sorang ni memang terer betul, tapi sayang lepas From 3 kena keluar... kat mana agaknya dia sekarang ni...

Kalau tengok gambar yang aku sertakan, tu sebahagian dari penghuni bilik 1C3, semua tengah cute masa tu, aku pun tengah tebal lagi rambut...

Yang bertutup kepala pakai tuala tu, Che Haris, pas tu aku, yang pegang aku tu, arwah Ramdzan, sebelah tu Khairul Anuar walau kecik pandai main tenis, yang tidur sambil berdiri tu Latif Munir, pas tu Sukhiman.
Kat depan tu, Kamaruzzaman aka monTaya, yang macam penyanyi pop tu, Zaki, kalau nyanyi mesti getar suara, yang perasan cute tu, Zulkarnain aka Buyong dan yang baring 'manja' tu Nik Danial, masa tu tak ada ciri pemimpin lagi. Yang tengah terbaring membuta masa tu kalau tak siap aku Supian. Tapi yang pasti masa tu kalau nak ambik gambar mesti posing punya pasal peluang tu tak berapa ada macam sekarang ni sampai handphone pun ada kamera... bebudak pun dah tak heran ambik gambar ni.

Kalau tengok keadaan bilik tu, cat pun dah nak hampir tanggal, pas tu ada pulak ampaian dalam bilik, macam bilik Bangla pulak. Ampaian ni ada dua fungsi, satu buat gantung baju, satu lagi jadi net buat main bola kertas gumpal ..... he he. Yang pasti masa tu tak ada komplen langsung, tak macam bebudak sekarang.

Yang aku masih ingat lagi kat blok C ni ada gelanggang tennis, jadi kalau hari Sabtu ngan Ahad tu, kalau tak keluar bandar pasal tak ada duit.... mesti main tenis. Yang pasti kalau Roger Ferderer tengok pun mesti nangis punya. Reket buat dari kayu, bola pulak yang bekas wakil sekolah macam Nik Mat dengan Khairul Anuar main... janji dapat main, itu pun berebut. Tapi sekarang ni aku dengar kekawan aku dah main golf pulak..... time does change... aku aje yang masih lagi 'pandai' tengok orang main golf ni, pegang kayu pun tak pernah....

Cukup tu untuk kali ini 'mengimbau jalan kenangan' yang dilalui hampir 30 tahun yang lalu. Yang pasti bila aku menulis ni, aku rasa sangat sayu, kemudian ketawa sendiri, sampai anak-anak pun heran abah dia buat apa.....

Alam Shah.....thank you.

Wednesday, January 16, 2008

LPMI

Tadi tengah dok menaip, terdengar pulak lagu Rindu Bayangan nyanyian Carefree ... teringat pulak masa kat SAS dulu ... rancangan radio yang popular masa tu dah tentunya LPMI - Lagu Pujaan Minggu Ini ... tiap hari Ahad kalau tak ada duit nak keluar ke KL tu (paham-paham ajelah, mana ada duit, bos aku bagi RM20 aje sebulan buat belanja) mesti tak miss dengar rancangan ni... dan yang pasti lagu Rindu Bayangan ni lama jadi juara. Kalau tak silap masa tu rentap dengan lagu Black Dog Bone Dulu dan Sekarang. Yang teringatnya masa tu aku ada le radio kecik, kalau tak silap jenama Sanyo, Buyong yang tolong belikan kat Singapura .... sayu betul masa dengar lagu tu tadi... teringat masa lalu......

Aku cuba le upload lagu Rindu Bayangan tadi ... ada masalah pulak... sangkut. Maybe lain kali aku cuba upload buat kenanngan kawan-kawan...

Monday, January 14, 2008

Mengimbau Jalan Kenangan

Oleh kerana tema blog ini berkenaan Asas81, hari ini dimulakan dengan mengimbau kembali jalan kenangan yang kita lalui hampir 30 tahun yang lalu... kalau tak silap tahun tu tahun 1978. Gambar ni diambil di Tingkatan 2B, masa tu prep malam... faham ajalah aku ni kuat berjalan masuk kelas orang, padahal masa tu aku di kelas 2C. Kalau tak silap aku le... dari kiri tu yang kudut sikit... Sh. Salleh, yang macam bos tu .. Jamaludin, yang kurus baju kuning tu, Nik Mat, Zulhilmi, dan Bung Jiji. Yang tunjuk pakai pen tu, Mat Draw a.k.a Saiful Bahrin, yang baru bangun dari mem'buta' tu Saharudin .... Yang kat depan tu Mat Jais a.k.a Mat Jab... yang hensem sikit tu ... aku le...

Kat mana agaknya mereka sekarang?????

Sunday, January 13, 2008

Pembuka Kata

Sahabat-sahabat yang diingati. Alam Shah membawa seribu erti yang tidak dapat dinilai dengan emas permata, apatah lagi persahabatan yang terjalin sesama kita dalam membentuk diri menjadi insan yang berjaya. Sesungguhnya kita semua telah 'terpilih' dan diberi peluang untuk menjadi 'lebih baik', keluar dari kepompong kemiskinan (bagi sebahagian besar dari kita) dan kini menjadi insan-insan yang berjaya dan berupaya menentukan halatuju negara. Pahit-manis sepanjang lima tahun (1977-1981) mendidik kita menjadi lebih berdikari .... dan pelbagai pengalaman yang kita lalui sudah tentunya mengajar kita erti persahabatan yang sebenarnya.

Mungkin di sini, di ruang siber ini, boleh kita berkongsi apa sahaja sesama kita ... mudah-mudahan akan mendatangkan manfaat buat yang lainnya. Apa saja, mungkin cerita, mungkin petua, mungkin gambar foto... akan mengeratkan lagi kita semua.

Selamat bercerita .....

SUHAIMI ISMAIL
- ini saja sumbangan hamba